Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: Kes Positif Meningkat, Sarawak Pula Negeri Catat Kes Paling Tinggi

Syafiqah Jalal
09/04/2021 10:37 MYT
Malaysia merekodkan 1,854 jangkitan baharu COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes kini mencecah sebanyak 357,607.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 20 kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara.

Sementara Sarawak merekodkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 555 kes diikuti Selangor (403 kes) dan Pulau Pinang (176 kes).

Dalam perkembangan sama, terdapat pertambahan lima kematian baharu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat sebanyak 1,313 kes.

Sebanyak 1,247 kes sembuh dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 341,489.

Manakala 169 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 79 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

#Viral #KKM #Covid19 #RentasNegeri