,
Laman Utama

COVID-19: Kes Terus Meningkat 6,144 Hari Ini!

Awani
25/11/2021
08:31 MYT
Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi pada Khamis apabila 6,144 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
Jumlah terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini adalah sebanyak 2,608,979 kes.
Maklumat itu dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter beliau pada Khamis.
Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIP
Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. pic.twitter.com/XBdErmAOIE— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) November 25, 2021 Berdasarkan data daripada COVIDNOW (dikemaskini setakat 24 November 2021), terdapat 69,261 kes aktif COVID-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 55,705 individu atau 80.4 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah.
Seramai 7,584 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).
Sebanyak 5,466 kes dirawat di hospital dan 506 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 236 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 270 lagi memerlukan mesin ventilator.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Kes Rogol: "Tindakan Da'i Syed Tidak Dapat Diterima Akal" - Hakim

gempak
30/08/2024
11:25 MYT
Mahkamah Sesyen Putrajaya pada Jumaat memutuskan bahawa, tindakan Da'i Syed sebagai seorang pendakwah, merogol seorang wanita berusia 23 tahun, merupakan suatu yang tidak dapat diterima akal secara munasabah.
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Berita

Mpox Kecemasan Kesihatan Global, Ini 6 Langkah Segera KKM

gempak
18/08/2024
11:55 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) akan meningkatkan pemantauan di semua pintu masuk antarabangsa susulan pengisytiharan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa mpox sebagai Kecemasan Kesihatan Awam yang Menjadi Kepentingan Antarabangsa untuk kali kedua pada 14 Ogos lalu.
Berita

Polis Rakam Keterangan 8 Individu Kes Kematian Nidza Afham

gempak
17/08/2024
07:55 MYT
Polis merakam keterangan lapan individu susulan kes melibatkan kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23, yang mayatnya ditemukan di Sungai Klang, pada Khamis.
Berita

KKM Nafi Remaja Ceroboh Hospital Lakukan Prosedur Merawat Pesakit - “Dia Tak Punyai Kemahiran & Penyamar Itu Memang…”

gempak
15/08/2024
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menafikan remaja 14 tahun yang menceroboh Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, baru-baru ini melakukan prosedur kepada pesakit ketika penyamaran.