Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Covid-19: Kes Turun Bawah 20,000, Perlis Pula Naik

Awani 07/08/2021 | 09:09 MYT
Sebanyak 19,257 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam negara dicatatkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan kes baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 dalam negara kini sebanyak 1,243,852.
Menurut beliau, Selangor terus merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 7,084 kes diikuti Kuala Lumpur (2,450), Kedah (1,514), Johor (1,182), Sabah (1,255), Pulau Pinang (959) dan Kelantan (930).
Negeri-negeri lain ialah Negeri Sembilan yang merekodkan 884 kes, Perak (774) dan Pahang (714).
Berikut merupakan pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor - 7,084 (458,450)
WPKL - 2,450 (138,521)
Johor - 1,182 (99,144)
Sabah - 1,255 (92,456)
Sarawak - 573 (80,747)
Negeri Sembilan - 884 (77,637)
Kedah - 1,514 (54,988)
Pulau Pinang - 959 (51,674)
Kelantan - 930 (48,563)
Perak - 774 (43,063)
Melaka - 414 (35,058)
Pahang - 714 (28,523)
Terengganu - 425 (20,098)
WP Labuan - 2 (9,709)
WP Putrajaya - 56 (4,415)
Perlis - 41 (806)
#Perlis #Selangor #COVID-19 #PKP #Kes
;