Laman Utama
Covid-19: Lebih 500 Hari PKP, Kes Kembali Melonjak Ke Angka 17,105
Sedar tak sedar, Malaysia telah melaksanankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara penuh sejak lebih 500 hari lalu, namun harini jangkitan baharu COVID-19 masih belum reda apabila merekodkan 17,105 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Berbanding semalam, kes Covid-19 hari ini naik lebih 2,000 jangkitan.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, pertambahan itu sekali gus menjadikan kes kumulatif COVID-19 dalam negara ketika ini adalah 1,163,291.
Selangor terus kekal menjadi negeri yang merekodkan kes harian tertinggi iaitu 5,836 kes diikuti Kuala Lumpur (2,309 ), Johor (1,275) dan Sabah (1,010).
Semalam, Malaysia merekodkan 15,764 jangkitan baharu dengan nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.08 pada 1 Ogos lalu.
Berikut pecahan kes mengikut setiap negeri:
Selangor - 5,836 (425,648)
Kuala Lumpur - 2,309 (128,958)
Johor - 1,275 (94,225)
Sabah - 1,010 (87,899)
Kedah - 1,036 (49,286)
Perak - 967 (40,087)
Kelantan - 915 (44,920)
Negeri Sembilan - 816 (73,978)
Pulau Pinang - 798 (48,050)
Pahang - 628 (26,215)
Melaka - 508 (33,023)
Sarawak - 494 (78,211)
Terengganu - 429 (18,231)
Putrajaya - 72 (4,141)
Labuan - 5 (9,678)
Perlis - 7 (741)