Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
LAMAN UTAMA

COVID-19: Lockdown Bermula Esok, Kes Hari Ini Catat 6,824

Syafiqah Jalal 31/05/2021 | 09:27 MYT
Menjelang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara ‘total lockdown’ esok, jumlah kes positif COVID-19 dicatatkan sejak 24 jam lalu berkurang kepada 6,824 kes berbanding 6,999 semalam.
Menerusi akaun Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kemas kini data harian COVID-19 memaklumkan, Selangor masih merekodkan kes tertinggi dengan 2,111 kes.
Selepas Selangor, ia diikuti Kelantan (695), Sarawak (654) dan Johor (489).
“Sehingga 31 Mei 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,824 kes (572,357 kes) Pecahan setiap negeri (Kumulatif): Selangor - 2,111 (186,926) Sabah - 207 (62,244) WPKL - 387 (58,654) Johor - 489 (58,383) Sarawak - 654 (47,329) Pulau Pinang - 328 (28,626),” lapornya.
Sementara itu, Noor Hisham turut mengingatkan supaya orang ramai terus melakukan kuarantin kendiri selagi kes masih belum surut.
‘Total lockdown’ yang diarahkan oleh kerajaan akan bermula esok sehingga 14 Jun ini.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #Lockdown #Kes #Tertingi