Laman Utama
COVID-19: Lockdown Hari Ke-6, Kes Menurun Menjadi 6,241
Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini masih kekal empat digit dengan 6,241 kes baharu direkodkan setakat pukul 12 tengah hari, Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini berjumlah 616,815.
Negeri Selangor kekal merekodkan jumlah harian tertinggi dengan 2,178 kes positif, diikuti Sarawak 600 kes dan Johor 565 kes.
Perlis pula merekodkan jumlah kes terendah dengan dua jangkitan baharu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Terdahulu, Dr Noor Hisham dalam perkongsian di Facebooknya memberitahu, kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian di Malaysia mencatatkan penurunan kepada 1.0 pada Jumaat.
Katanya, ia adalah Rt terendah yang dicatatkan Malaysia dalam tempoh hampir dua bulan apabila kali terakhir mencatatkan angka 1.0 pada 8 April lalu, iaitu di permulaan lonjakan terbaharu pandemik itu.
Malaysia merekodkan penurunan Rt selama tujuh hari berturut-turut daripada 1.16 pada 29 Mei lalu sebelum berkurangan setiap hari sehingga mencatat 1.0 semalam.
Must-Watch Video