Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: Makin Turun, 6,145 Kes Dicatatkan Hari Ini, Netizen Harap ‘Rombongan’ Ke Kampung Tak Bagi Kesan Negatif!

Hanafis Haris
17/10/2021 10:22 MYT

Jumlah kes baru positif Covid-19 di Malaysia hari ini menyaksikan penurunan agak ketara.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes hari mencatatkan 6,145 kes berbanding 7,509 kes semalam.

Menerusi satu hantaran di Twitter, Noor Hisham memberitahu jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,390,687 kes.

Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.

Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata bersyukur apabila kes harian semakin menunjukkan perkembangan positif.

Malah, ramai menarik nafas lega dan berharap ‘rombongan’ pulang ke kampung tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


#Viral #KKM #Covid19