Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Laman Utama

COVID-19: Malaysia Catat 6,982 Kes Baharu

Zulaikha Yusof 02/07/2021 | 08:59 MYT
Sebanyak 6,982 jangkitan baharu COVID-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes wabak berkenaan dalam negara 765,949.
Angka itu menunjukkan penurunan sedikit berbanding semalam yang dilaporkan sebanyak 6,988 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan Selangor kekal merekodkan jumlah kes tertinggi iaitu 2,907 diikuti Kuala Lumpur (637) dan Negeri Sembilan (606).
Berikut adalah pecahan kes mengikut negeri:
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di luar rumah.
Amalkan penjagaan kebersihan tangan dan diri yang rapi serta jaga jarak fizikal ketika berada di tempat awam.
Sekiranya tidak ada kepentingan untuk keluar rumah, tolong kekal di kediaman masing-masing.
#KKM #COVID-19
;