Laman Utama

COVID-19: Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi 11,618, Netizen Mengamuk Suruh Tutup Kilang!

gempak
Azwa Rahman
14/07/2021
08:21 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Malaysia Catat Kes Harian Tertinggi 11,618, Netizen Mengamuk Suruh Tutup Kilang!
Ingatkan semalam dah catat angka paling tinggi, rupanya hari ini jumlah kes COVID-18 meningkat kepada 11,618 kes.
Menerusi laman sosial Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan negeri Selangor terus merekodkan jumlah kes tertinggi dengan 5,051 kes baharu.
Ia disusuli Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 1,749 kes, Negeri Sembilan (1,537 kes), Melaka (526 kes), Kedah (504 kes) dan Pahang (400 kes).
Negeri Perlis yang tidak merekodkan sebarang kes semalam, mencatatkan tiga kes baharu di negeri terbabit.
Di laman sosial yang sama, netizen meluahkan rasa kecewa dimana rata-ratanya mahu kilang di tutup.
Tutup kilang kat selangor pun dah cukup bermakna, kesian KKM kena tutup comment,” komen seorang wargamaya.
Kalau PKPD sambung + kilang banyak buka memang tua dalam rumah je la,” luah seorang wargamaya.
Tak tahulah nak cakap, diorang suruh stay at home tapi diorang suruh pergi kerja sebab kilang buka,” tulis seorang wargamaya.
Kes nak turun seratus pun susah. Aku penat dah wei. Duduk rumah terkurung. Dear @AzminAli, kita cuba la tutup kilang sebulan. Tengok kes turun ka dak,” ujar seorang wargamaya.
Malaysia breaking records everyday. Buka lagi kilang-kilang semua,” kata seorang wargamaya.
WOI HABIS SAMPAI BILA KENA DUDUK RUMAH NI? KALAU TAK TUTUP KILANG, DUDUK RUMAH SAMPAI KIAMAT PUN KES TETAP BANYAK LA,” marah seorang wargamaya lagi.
Kredit foto: The Star
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live