Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

COVID-19: Malaysia Catat Rekod Baharu! Angka 11,079 Buat Rakyat Gelisah

Azwa Rahman 13/07/2021 | 09:20 MYT
Malaysia hari ini mencatatkan rekod baharu dalam jangkitan COVID-19 sepanjang lebih setahun virus yang berasal dari Wuhan China ini melanda negara.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 11,079 kes baharu dicatatkan, melonjak sekitar 3,000 kes berbanding semalam.
Antara semua negeri, Selangor masih mencatatkan angka paling tinggi dengan 5,263 kes, diikuti Kuala Lumpur dengan 1,521 kes.
Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baru hari ini.
Kecuali Sabah, Perlis, Melaka dan Perak, kebanyakan negeri mencatat lebih banyak kes berbanding purata minggu lepas.
Setakat semalam, nilai kebolehjangkitan atau R-naught berada pada tahap 1.14.
Angka ini, jika lebih 1.0 bermaksud penyebaran Covid-19 semakin cepat.
Empat negeri, bagaimanapun, mencatatkan nilai kebolehjangkitan lebih rendah dari 1.0, iaitu, Kelantan, Labuan, Perak, Sarawak dan Perlis.
Lonjakan angka positif yang sangat tinggi ini membuat rakyat gelisah, apa lagi sudah lama mengikuti semua SOP dan 'dikurung' dalam fasa PKP dan PKPD.
Tinjauan Gempak di laman Twitter menyaksikan ramai wargamaya berasa gelisah dan kecewa dengan angka yang dicatatkan pada hari ini.
“Please take your own role seriously wherever you are in Malaysia. The numbers itself is not a joke wtf 11k. To the #Frontliners please stay strong and God bless you guys,” komen seorang wargamaya.
Thank you sebab tak tutup kilang,” ujar seorang wargamaya.
“Dalam kalangan tu semua adalah someone’s father, mom, children, grandparents, family. Let’s pray for their recovery & also for our country,” kata seorang wargamaya.
Aku berbaik sangka sedikit kes melonjak disebabkan saringan besar-besaran masih berlaku.Kena tengok angka yang masuk ke unit rawatan rapi (ICU) dan kadar kematian.Itu penanda aras sebenar samada tenat atau sudah nazak kes Covid-19 negara kita ni. Allah selamatkan Malaysia,” luah seorang wargamaya.
Sementara itu, Awani melaporkan sidang media Pasukan Bertindak Khas Greater Klang Valley sedang diadakan bermula jam 5 petang ini berhubung perkembangan situasi penularan pandemik COVID-19 di dalam negara terutamanya di Lembah Kelang.
Sidang media tersebut difahamkan disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah, dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Chong Chee Kheong.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal hari ini mengumumkan Dr Chong sebagai Pengerusi Pasukan Petugas Khas COVID-19 Greater Klang Valley.
Kredit foto: Malay Mail
#Tutup #Selangor #Kilang #Kes COVID-19 paling tinggi
;