Covid19: Malaysia Sekali Lagi Catat Rekod Tertinggi, 17,405 Kes Hari Ini

Fiza Kamarudin
Julai 28, 2021 09:16 MYT
Kes harian positif COVID-19 sekali lagi mencatatkan angka tertinggi apabila sebanyak 17,405 kes dilaporkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkongsi ringkasan laporan di media sosial, berkata sehingga kini jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 sudah mencecah 1,061,476 kes.
Beliau berkata, Selangor merekodkan 7,171 kes baharu, diikuti Kuala Lumpur dengan 2,880 kes, Kedah (1,112), Sabah (913), Negeri Sembilan (863), Johor (767), Pulau Pinang (760), Kelantan (532) dan Melaka (531).
#COVID-19 #Pecah Rekod #Kes Tertinggi Setakat Ini