Laman Utama

COVID-19: Masih Bawah 5,000, Netizen Doa Kes Turun Lagi

gempak
Amri Hassan
22/06/2021
08:45 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Masih Bawah 5,000, Netizen Doa Kes Turun Lagi
Kes harian kekal di bawah angka 5,000 hari ini dengan 4,743 kes menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 705,762 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan sebanyak 1,566 kes, diikuti oleh Kuala Lumpur sebanyak 635 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 585 kes.
“Seterusnya Sarawak (507 kes), Johor (239 kes), Pulau Pinang (195 kes), Sabah (193 kes), Melaka (167 kes), Kelantan (165 kes), Kedah (142 kes), Pahang (131 kes) dan Labuan (104 kes).
"Perak (68 kes), Terengganu (37 kes), Putrajaya (tujuh kes) manakala, Perlis pula (dua kes)," katanya.
Meninjau ruangan Twitter dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), netizen rata-ratanya mengucapkan rasa syukur dan berdoa agar kes harian mencatatkan jumlah penurunan setiap hari.
"Alhamdulillah, semoga dapat turun lagi.
"Johor banyak turun, semoga terus turun kes harian.
"Terbaiklah, Perlis lima kes baru je.
"Perak dah turun balik. Road to 3K and below Malaysia. Jom target Ogos nanti kita 0," demikian reaksi sebahagian pengguna di media sosial.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024