Laman Utama

COVID-19: Melonjak Naik! Kes Baharu 4,094, Ada 10 Kematian Hari Ini

gempak
Zulaikha Yusof
28/01/2021
10:32 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Melonjak Naik! Kes Baharu 4,094, Ada 10 Kematian Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan sebanyak 4,094 kes jangkitan baru virus COVID-19 di negara pada hari ini.
Daripada angka tersebut, 4,086 merupakan kes tempatan manakala lapan kes import.
Pada hari ini juga, sebanyak 10 kematian lagi dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 717 kes kematian direkodkan.
Bagaimanapun, sebanyak 3,281 orang pesakit berjaya sembuh dan dibenarkan pulang.
Begitupun, sebanyak 43,192 kes lagi yang masih aktif dengan 303 pesakit daripadanya berada di unit rawatan rapi (ICU) dan 118 individu lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sehingga kini, negara sudah mencatatkan sebanyak 198,208 kes setakat 28 Januari 2021.
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Foto: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024