Laman Utama

COVID-19: Membimbangkan, Kes Kematian Dicatatkan Tertinggi Hari Ini

gempak
Syafiqah Jalal
08/02/2021
10:51 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Membimbangkan, Kes Kematian Dicatatkan Tertinggi Hari Ini
Pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia kini makin membimbangkan apabila mencatatkan kes kematian tertinggi jangkitan virus tersebut sebanyak 24 kes pada Isnin.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kematian di negara ini sebanyak 896 kes yang bersamaan dengan 0.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
Kali terakhir Malaysia merekodkan kadar kematian tertinggi adalah sebanyak 21 kes pada 2 Februari lalu.
Dalam perkembangan yang sama, Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 3,100 kes harian COVID-19 baharu telah direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.
Sementara itu kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak 282 kes dan 134 kes memerlukan bantuan alat pernafasan.
Bagaimana pun jumlah yang sembuh hari ini juga agak baik apabila mencatatkan 2340 kes yang bebas Covid-19.
Foto: NIKKEIAsia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024