Hiburan
COVID-19: Muncul Saat Memerlukan...Ini Antara Pihak Yang Tampil Beri Sumbangan Kepada 'Frontliner' Kita, Cayalah!
Tidak dinafikan pihak paling terkesan ketika krisis COVID-19 semestinya individu yang terpaksa bekerja di barasan hadapan atau lebih dikenali sebagai 'frontliner'.
Doktor, jururawat, polis, tentera serta banyak lagi pihak berkuasa antara pihak yang berada di kelompok ini.
Keringat dicurahkan adakalanya lebih daripada apa yang mereka mampu dan pastinya sedikit penghargaan daripada pihak tertentu dapat mengurangkan tekanan mereka.
Terbaru, beberapa syarikat atau premis sudah mula tampil memberikan bantuan dan perkhidmatan khusus buat 'frontliner' ini.
#1 Tune Hotel
Antaranya syarikat Tune Hotel yang telah menawarkan penginapan percuma buat kakitangan perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menginap di Tune Hotel cawangan Putra World Trade Centre (PWTC) selepas bekerja untuk tempoh jangka masa yang panjang.
Difahamkan sebanyak 130 buah bilik di Tune Hotel PWTC, berhampiran HKL kini tersedia bersama hidangan sarapan pagi secara percuma buat semua kakitangan perubatan HKL bermula pada 24 Mac 2020 hingga 24 April 2020.
#2 The Met Grand Salon
Selain pihak hotel, premis salon ini juga menawarkan perkhidmatan potongan rambut secara percuma.
Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram mereka baru-baru ini.
"Doktor dan jururawat dinasihat supaya memotong rambut pendek supaya ia lebih cepat kering selepas mandi," kata pengendali akaun tersebut.
#3 Nasi Kandar Pelita
Nasi Kandar Pelita memberikan makanan & minuman percuma kepada petugas bidang mustahak (essential workers) setiap hari sehingga 31 Mac bagi menghargai peranan mereka bendung COVID-19, ditawar di semua restoran nasi kandar pelita seluruh negara dengan tunjuk kad tugas. @NewsMPB pic.twitter.com/65mENMG3YC— Selwam Arjunan (@SelwamNewsMPB) March 22, 2020
Restoran nasi kandar ini juga turut memberikan makanan dan minuman percuma kepada 'frontliner' setiap hari sehingga 31 Mac.
Hanya perlu tunjuk kad tugas di mana-mana cawangan Nasi Kandar Pelita seluruh Malaysia.
#4 Tealive
Antara terawal menceriakan barisan hadapan yang berkhidmat ketika COVID-19.
Pengeluar minuman Tealive telah membelanja petugas Hospital Sungai Buloh 12 Februari lalu.
#5 Sumbangan Persendirian
Selain syarikat terkemuka, terdapat juga individu persendirian yang tampil memberikan sumbangan kepada petugas-petugas ini.
Antara yang kami temui adalah sekumpulan individu yang mewujudkan projek dikenali sebagai SARAT (Saham Akhirat).
Terdiri daripada hampir 50 individu yang aktif, kumpulan ini menghimpunkan sumbangan dan kemudiannya disalurkan kepada petugas.
Selain hospital, bantuan turut disalurkan kepada gelandangan serta pelajar universiti.
Antara sumbangannya termasuklah makanan, minuman serta kit keselamatan.
Must-Watch Video