Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

COVID-19: Pembelian Panik? Tak Perlu! Ini Senarai Pusat Membeli Belah Yang Masih Beroperasi

Hanafis Haris
19/03/2020 10:48 MYT
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dua hari lalu nampak gayanya tidak menghalang segelintir pihak untuk melakukan pembelian panik.

Hakikatnya, anda tidak perlu cemas untuk membeli barangan kerana sebenarnya terdapat beberapa pasaraya dan pusat membeli belah masih beroperasi sehingga 31 Mac.

Namun, perlu diingatkan hanya premis tertentu saja dibuka. Restoran pula hanya menjual makanan secara bungkusan.

Ini antara pusat membeli belah yang dibuka.

1. One Utama
2. 3 Damansara
3. Atria Shopping Gallery
4. Avenue K Kuala Lumpur
5. Berjaya Times Square
6. Empire Shopping Mall Subang Jaya
7. IOI City Mall Putrajaya
8. IPC Shopping Centre Petaling Jaya
9. Jumpa Sungei Wang
10. Mid Valley Megamall
11. MyTOWN Shopping Centre
12. NU Sentral Kuala Lumpur (Hanya premis tertentu)
13. Paradigm Mall Petaling Jaya
14. Pavilion Kuala Lumpur
15. Subang Parade
16. Sunway Putra Mall
17. Sunway Velocity
18. Sunway Pyramid
19. Suria KLCC
20. The Gardens Mall
21. The Starling Petaling Jaya
22. Gurney Plaza Pulau Pinang
23. Toppen Shopping Centre Johor

Ini pula antara pusat membeli belah yang ditutup.

1. eCurve
2. Cawangan IKEA
3. Plaza Low Yat

Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!


#Viral #Viral #COVID 19 #Pasaraya