,
Laman Utama

COVID-19: Penerima Vaksin Tertua Di Malaysia, Tun Mahathir Disuntik Di Usia 95 Tahun

Zulaikha Yusof
07/03/2021
23:00 MYT
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech.
Menurut Dr Mahathir, 95 tahun, beliau tidak mengalami sebarang kesan sampingan selepas menerima suntikan vaksin berkenaan.
"Saya sudah disuntik dengan vaksin COVID-19, tak berasa apa pun, sekejap sangat, cuma nak jawab soalan itu yang ambil masa, nak cucuk (vaksin) tak sampai satu minit.
“Saya tidak berasa apa pun… pening ka apa ka, selepas itu kita (pemeriksaan) tengok blood pressure (tekanan darah). Saya harap semua rakyat Malaysia terima disuntik vaksin ini, kerana kita perlu lawan dengan wabak COVID-19," kata Dr Mahathir kepada AWANI.
Proses vaksiniasi terhadap pasangan berkenaan dibuat Penyelia Jururawat Klinik Kesihatan Kuah, Rosmini Che Lah dan Ketua Jururawat Klinik Kesihatan Kuah, Siti Hamizah Masdar.
Dalam pada itu, Dr Mahathir turut menyeru kepada rakyat Malaysia agar segera mendaftar bagi menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya dapat mempercepatkan proses pemberian mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan.
Beliau juga menasihati rakyat Malaysia untuk tidak meragui keberkesanan vaksin terhadap keselamatan dan kesihatan mereka kerana ia sudah disahkan selamat dan berkesan untuk digunakan.
"Saya dengar ada orang yang kurang yakin, yang percaya bahawa suntikan ini mungkin akan menyebabkan lain-lain penyakit.
"Ini tidak benar sama sekali, kalau ada kesan buruk daripada suntikan, di Amerika sahaja kita tak dengar cerita ada orang yang hadapi masalah setelah disuntik, nak pengsan ka apa-apa termasuk golongan yang tua, mereka juga boleh disuntik dalam keadaan selesa,” ujar beliau lagi.
Sementara itu, Pegawai Kesihatan Daerah Langkawi, Dr Mansor Ismail memaklumkan, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah telah melaksanakan pemeriksaan kesihatan daripada doktor peribadi masing-masing sebelum proses suntikan berkenaan dibuat.
Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dilaksanakan, kedua-dua individu berkenaan didapati berada dalam keadaan sihat dan baik selain layak menerima suntikan vaksin COVID-19.
Sumber: AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Sukan

Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah

gempak
22/06/2024
07:28 MYT
Pemain bola sepak negara Faisal Halim yang kini masih berehat dan mendapatkan rawatan selepas melalui pengalaman ngeri disimbah asid Mei lalu menerima kunjungan mengejut oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Berita

AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

gempak
08/05/2024
04:36 MYT
Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, lapor Telegraph semalam.
Laman Utama

Kes COVID-19 Lebih 12,000, KKM Saran Ambil Dos Penggalak Ketiga

gempak
15/12/2023
04:51 MYT
Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19
Laman Utama

Kerajaan Selangor Bagi Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Lagi, Ini Senarai Klinik

gempak
07/01/2023
11:00 MYT
Vaksin Covid-19 & Booster Percuma Rakyat Selangor