Hiburan

COVID-19 : Pesakit Yang Melarikan Diri Dari Hospital Parit Buntar Bukanlah Pramugari Tapi Rupanya...

gempak
Hanafis Haris
25/03/2020
09:51 MYT
Sponsor Banner
COVID-19 : Pesakit Yang Melarikan Diri Dari Hospital Parit Buntar Bukanlah Pramugari Tapi Rupanya...
Baru-baru ini viral mengenai kisah seorang pramugari yang dikatakan yang melarikan diri ketika menjalani ujian saringan COVID-19 di Hospital Parit Buntar, Ahad lalu.
Namun, perkara itu sebenarnya tidak tepat dan wanita tersebut juga bukanlah seorang pramugari syarikat penerbangan di Singapura seperti yang diperkatakan di media sosial.
Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, wanita yang mengalami simptom Covid-19 turut disahkan mengalami simptom ‘psikiatri’ atau kurang waras.
"Dia kini sudah ditahan dan sedang dirawat di Hospital Taiping.
"Dakwaan mengatakan dia adalah pramugari juga tidak betul. Sebaliknya, wanita itu hanya pernah mengikuti kursus pramugari selama sebulan di Sungai Besi pada November 2019.
"Dia juga idak berkerja dan perkara itu disahkan sendiri oleh bapanya, Abdul Malek Ahmad, 45, sewaktu siasatan dijalankan pihak polis semalam," katanya.
Tambah Omar, terdahulu soal siasat yang dijalankan terhadap suspek, memaklumkan wanita itu bertindak melarikan diri dari Hospital Parit Buntar dan bersembunyi di sebuah rumah di Nibong Tebal, Pulau Pinang.
"Pada jam 3.45 petang semalam suspek bersama rakan lelakinya berusia 26 tahun menyerah diri di perkarangan Hospital Parit Buntar sebelum diserahkan kepada Hospital Taiping untuk tindakan lanjut.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 22 (B) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live