Berita
COVID-19, Pusat Sains Dan Planetarium Negara Ditutup – KJ
Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara akan ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan situasi terkini COVID-19 di Malaysia.
Berita itu disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Facebook dan Twitter rasmi beliau hari ini.
“Susulan penularan wabak COVID-19, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara akan ditutup kepada orang awam bermula hari ini, 16 Mac 2020 sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak,” umumnya.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikut bersetuju dengan inisiatif yang dilakukan dan mengucapkan berterima kasih.
“Bagus juga ditutup sementara, sekurang-kurangnya cuti sekolah ni lebih mengalakkan orang ramai duduk di rumah untuk menyekat penularan COVID-19,” tulis Haslina Hussin.
“Bagusnya... Terbaik lah sebab cepat bertindak, sentiasa sokong abah KJ, good move,” komen Ina Rahim
Untuk makluman, setakat ini COVID-19 telah mencatatkan kes sebanyak 162,721 seluruh dunia.
China masih tertinggi dengan 81,068 kes manakala Malaysia 428 kes.
Apapun, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Must-Watch Video