Hiburan

COVID-19: Ratu Cantik Letak Mahkota, Kembali Bertugas Sebagai Doktor

gempak
Azwa Rahman
07/04/2020
10:07 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Ratu Cantik Letak Mahkota, Kembali Bertugas Sebagai Doktor
Ratu cantik United Kingdom (UK) Dr. Bhasha Mukherjee sanggup melupakan hasrat menamatkan misi kerja amal di luar negara untuk pulang ke negara asalnya untuk berkhidmat sebagai doktor dalam usaha memerangi wabak COVID-19.
Dinobatkan sebagai Miss England dua tahun lalu, Mukherjee berehat dari karier asalnya sebagai doktor junior bagi memberi fokus dalam pertandingan ratu cantik dunia Miss World pada Disember 2019.
“SAYA rasa bersalah memegang gelaran Ratu Cantik England ketika dunia berperang melawan pandemik COVID-19, termasuk rakan-rakan sekerja saya,” katanya kepada CNN.
Difahamkan, wanita berusia 24 tahun itu berada di India sepanjang Mac lalu bagi mewakili sebuah komuniti kebajikan sebagai duta dalam memberikan bantuan kepada beberapa sekolah dan rumah kebajikan di sana.
Mukherjee, bagaimanapun, berkata dia membuat keputusan untuk kembali berbakti selepas melihat situasi negara berdepan pandemik yang semakin teruk. Dia menerima mesej daripada rakan-rakan di Hospital Pilgrim di Boston, hospital lama tempatnya pernah berkhidmat, yang menceritakan situasi sukar dihadapi mereka ketika ini.
“Bila kamu membuat aktiviti kemanusiaan di luar negara, kamu masih dianggap sebagai ratu cantik yang memakai mahkota, sentiasa bersedia untuk nampak menawan.
Tetapi, saya teringin untuk pulang ke rumah. Saya teringin datang dan terus pergi bekerja,” katanya.
Bagi Mukherjee, dia kagum melihat bagaimana seluruh dunia menghargai petugas barisan hadapan dan berhasrat untuk menjadi sebahagian daripada mereka.
“Tiada saat yang indah bagi saya untuk bergelar ratu cantik England sementara membantu di saat England memerlukan,” katanya.
Sehingga kini, UK mencatatkan 51, 608 kes jangkitan dan 5,373 kematian akibat COVID-19 Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live