Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

COVID-19: Sambil Tonton TV Pun Ok? Ini Antara Senaman Mudah Yang Boleh Dilakukan Di Rumah!

Hanafis Haris 19/03/2020 | 11:02 MYT
Hari ini merupakan hari kedua pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bagi anda yang mematuhi arahan dan kekal duduk di rumah, selain menjaga kebersihan apa yang perlu diambil kira adalah kesihatan tubuh badan.
Duduk terlalu lama di rumah secara tidak langsung boleh membuatkan badan kita lemah dan lesu.
Sehubungan itu, pastikan badan anda kekal cergas dengan melakukan beberapa senaman mengikut keselesaan anda.
Ini antara yang anda boleh lakukan.
#1 Senaman Asas 15 Minit
Jika anda jarang bersenam dan mahu kaedah yang ringkas, anda boleh lakukan senaman begini.
Tempoh 15 minit akan membuatkan anda berpeluh tanpa teknik yang susah dan mengelirukan.
Paling penting anda mengeluarkan peluh!
#2 Senaman Depan TV 10 Minit Je!
Tidak perlu ke gimnasium, senaman selama 10 minit ini boleh dilakukan depan televisyen (TV) atau sambil melayan filem dari Astro.
Hanya baring dan lakukan senaman sambil menonton TV!
#3 Senaman 6 Minit Untuk Bahagian Badan Atas
Senaman ini khusus untuk anda yang mahu meningkatkan kekuatan terutama pada bahagian pinggang ke atas.
Tidak lama hanya enam minit saja. Cubalah!
#4 Senaman Tinju Di Dalam Rumah
Sambil layan filem sambil meninju, hebat bukan? Cara yang terbaik untuk membakar kalori dan menghabiskan masa di rumah.
Hanya 15 minit dan anda akan rasa lebih segar.
#5 Senaman Mencabar
Jika anda mahukan sedikit cabaran, ini antara yang terbaik. Hanya tujuh minit untuk melaksanakan senaman ini.
Habis saja bersenam, anda pasti lebih cergas dan sihat!
Sumber: Elite Daily
#Viral #Viral #Senaman #COVID 19
;