Hiburan

COVID-19: Sambut Monthsary Sebulan, Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Makan Malam Romantis Di Rumah

gempak
Azwa Rahman
23/03/2020
10:45 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Sambut Monthsary Sebulan, Aiman Hakim & Zahirah Macwilson Makan Malam Romantis Di Rumah
Aktor Aiman Hakim Ridza dan isteri pelakon Zahirah Macwilson meraikan sebulan usia perkahwinan mereka dengan makan malam romantis di rumah.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna @bouquetofilis berkongsi sepotong video momen romantik pasangan serasi tersebut.
“Sebab Perintah Kawalan Pergerakan, Aiman dan Zahirah sambut makan malam monthsary kat rumah, cutenya! Inilah yang orang berpengaruh patut buat, galakkan orang duduk rumah. Jangan menunjuk tengah seronok bercuti di luar negara! #dudukrumah,” tulis pengguna tersebut. Menerusi video berdurasi 40 saat itu, Aiman segak mengenakan suit hitam dan Zahirah tampil jelita dengan busana dari warna yang sama menikmati makan malam bertemankan cahaya lilin.
Aiman turut mengejutkan Zahirah dengan menyanyikan lagu serta memetik gitar di balkoni rumah mereka.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan Twitter, rata-rata wargamaya memuji tindakan pasangan tersebut.
“Saya perlukan lelaki seperti Aiman dalam hidup saya,” komen seorang wargamaya.
“Tengok Zahirah je kita dah tahu dia kaya, tapi dia tak demand pun nak raikan perkahwinan kat luar negara. Diorang buat kat rumah je weh, sweetnya,” puji seorang wargamaya.
“Sweet teruk, aku cop nak jadi isteri kedua Aiman,” usik seorang wargamaya.
“Wehhh, nak jugak macam ni! Halal relationship. Hmm, sendunya hidup aku,” luah seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video romantis tersebut telah menerima hampir 300,000 tontonan dan 18,000 ulang kicau daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live