gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Neelofa Kongsi Tips Kekal Istiqamah, Terinspirasi Dengan Orang Selalu Khatam Al-Quran - “Bila Tengok Reels Di Media Sosial, Saya…”
HIBURAN
Alami Jangkitan Luka Di C-Section, Elisya Sandha Akui Tertekan Ketika Berpantang - “Sedih...Tak Boleh Duduk, Baring”
HIBURAN
Derita Emosi Lepas Cerai, Siti Jamumall Terpaksa Tipu Anak - “Dia Baru 6 Tahun, Kadang Pergi Sekolah Cikgu Tanya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

COVID-19: Stesen Minyak, Kedai Serbaneka, Kedai Makan Tutup Jam 7 Malam, Netizen Puji Kerajaan Negeri Pahang

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
20/03/2020
03:01 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: Stesen Minyak, Kedai Serbaneka, Kedai Makan Tutup Jam 7 Malam, Netizen Puji Kerajaan Negeri Pahang
Dalam usaha mengekang penularan virus COVID-19, Kerajaan Negeri Pahang bersetuju mengeluarkan arahan penutupan premis perniagaan lebih awal di lima daerah negeri tersebut bermula esok (Sabtu).
Difahamkan antara premis yang perlu menutup operasi bermula jam 7 malam hingga tujuh pagi itu ialah kedai serbaneka 24 jam, kedai makan dan stesen minyak.
Menteri Besar Pahang, Datuk Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, lima daerah itu ialah Kuantan, Pekan, Jerantut, Temerloh dan Bentong dengan jumlah keseluruhan kes terbaru dicatat pada Khamis ialah 32 kes.
"Penutupan ini adalah tertakluk kepada semua jenis perniagaan bermula jam 7 petang sehingga 7 pagi," katanya pada sidang media di Wisma Sri Pahang, Kuantan.
Katanya, daerah Cameron Highlands telah melaksanakan arahan penutupan premis bermula jam 7 petang sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan.
Tindakan ini bertujuan untuk membendung penularan wabak Covid-19 yang semakin serius di negara ini.
Arahan tersebut disambut baik oleh orang ramai dan rata-ratanya memuji tindakan cepat Kerajaan Negeri Pahang. Ada di antara warganet yang mahu negeri-negeri lain terutama yang mencatat kes tertinggi mengikut jejak langkah negeri Tok Gajah itu.
Sementara itu Wan Rosdy berharap orang ramai dapat mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dengan kekal di rumah masing-masing bagi memastikan tiada peningkatan kes yang ketara dalam masa terdekat.
"Saya sangat berharap tiada peningkatan kes di negeri ini dengan jumlah 32 kes itu kekal untuk hari ini," katanya.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
#Pahang
#COVID-19
#Perintah Kawalan Pegerakan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement