Hiburan
COVID-19: “Sumbangan Saya Cuma 1% Sahaja” - Daiyan Trisha Derma RM7,000
Penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha menggunakan peruntukan sendiri lebih RM7,000 untuk membantu badan bukan kerajaan (NGO), keluarga, serta individu yang memerlukan pertolongan disebabkan penularan wabak Covid-19.
Daiyan turut memanjatkan rasa syukur kerana sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan di saat kritikal ini.
“Saya mengambil inisiatif ini untuk membantu keluarga yang kurang pendapatan, keluarga susah dan yang memerlukan bantuan kewangan. Saya sangat bersyukur dapat menyumbang.
“Bagaimanapun, bantuan saya cumalah satu peratus saja dan saya sangat memerlukan bantuan daripada orang ramai yang boleh menyumbang sama.
“Selepas habiskan peruntukan sendiri, saya masih menerima banyak mesej di laman sosial daripada individu yang perlu bantuan.
“Saya tidak boleh duduk diam dan perlu mencari jalan untuk memaklumkan mereka mengenai paltfrom berkenaan. Ada juga individu yang bertanya bagaimana mereka boleh tampil ke depan dan menyumbang sama,” katanya.
Dalam pada itu, Daiyan turut berkongsi beberapa platform untuk memberi sumbangan dan berharap perkongsiannya itu akan memberi manfaat kepada individu yang mahu menyalurkan bantuan termasuklah Mercy Malaysia.
“Saya sendiri ada berhubung dengan organisasi ini menerusi mesej peribadi. Ini disebabkan saya tahu mereka ada platform untuk orang memberi sumbangan kepada masyarakat tidak berkemampuan di Malaysia.
“Mereka menyediakan peralatan membasmi virus kepada golongan warga emas, keluarga kurang pendapatan, individu disyaki dijangkiti virus, dan kurang bernasib baik,” katanya.
Selain Mercy Malaysia, Daiyan turut menyenaraikan organisasi bukan kerajaan IMARET, dan MyCARE.
Jangan lupa untuk imbas kembali lakonan Daiyan Trisha di Astro GO dan muatnaik aplikasi di Apple Store serta Google Play!
Patuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan #dudukrumah kerana itu dapat membantu kita #perangicovid19.
Sumber: Harian Metro
Must-Watch Video