Laman Utama

​COVID-19: Terendah Tahun Ini! Malaysia Catat 1,059 Kes, Kematian Pula Meningkat Kepada...

gempak
Hanafis Haris
16/03/2021
11:00 MYT
Sponsor Banner
​COVID-19: Terendah Tahun Ini! Malaysia Catat 1,059 Kes, Kematian Pula Meningkat Kepada...
Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia sekali lagi mencatatkan penurunan ketara berbanding semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sebanyak 1,063 kes dicatatkan berbanding semalam iaitu sebanyak 1,208 kes.
Jumlah berkenaan sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 326,034 kes.
Daripada angka tersebut, Selangor masih mencatat jumlah harian tertinggi iaitu 323 kes.
Sarawak berada di kedudukan kedua apabila mencatat 183 kes dan diikuti dengan Pulau Pinang iaitu 175 kes.
Kes sembuh pula sebanyak 1,365 manakala lima kematian dicatatkan hari ini berbanding semalam sekadar tiga.
Jadi, kepada anda semua, jom sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', duduk di rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024