COVID-19
Covid-19: Tolonglah Jaga SOP & Jangan Merayau...Tak Takut Ke Lihat Angka 1,228 Kes Hari Ini
Buat pertama kalinya, kes jangkitan Covid-19 harian mencecah empat digit sejak penularan virus tersebut di negara ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan sebanyak 1,228 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini.
Daripada jumlah tersebut 1,217 merupakan kes tempatan, manakala 11 kes lagi merupakan kes import.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes aktif pesakit Covid-19 di negara ini sebanyak 8,966 kes.
Daripada jumlah keseluruhan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan di hospital, seramai 92 orang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), manakala 31 pesakit lagi terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.
Dalam pada itu, sebanyak 7 kes kematian baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 221 orang setakat 24 Oktober .
Bagaimanapun, menurut KKM, sebanyak 671 kes sembuh, menjadikan keseluruhan 16, 555 orang sudah pulih.
Jumlah berkenaan, bersamaan dengan 64.31 peratus daripada keseluruhan kumulatif kes direkodkan iaitu 25,742 kes di negara ini.
Infografik: Kementerian Kesihatan Malaysia
Kredit foto: Astro Awani