Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

COVID-19: Untungnya Rakyat Selangor! Peniaga, Petugas Hospital & Pelajar Bakal Terima Bantuan RM500?

Hanafis Haris 20/03/2020 | 08:50 MYT
Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beberapa hari lalu pastinya memberi kesan kepada sesetengah rakyat di negara ini.
Peniaga serta penjaja kecil pastinya antara yang terkesan teruk.
Berita baik buat mereka yang tinggal di Selangor, Kerajaan negeri hari ini mengumumkan seramai 80,000 penjaja dan peniaga di negeri itu akan menerima bantuan wang tunai sebanyak RM500.
Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Amirudin Shari melalui Pakej Selangor Prihatin Covid-19 menerusi platform Twitternya baru-baru ini.
"Khusus buat penjaja dan peniaga berlesen yang menerima kesan wabak Covid-19, Kerajaan Negeri memberi insentif khas berjumlah RM 500 kepada 80,000 peniaga / penjaja. Ini bagi mengurangkan beban mereka di saat getir ini. Bantuan ini berjumlah RM 40 juta ," katanya.
"Buat para petugas perubatan baris hadapan di seluruh hospital kerajaan di Selangor, insentif khas berjumlah RM 200 kepada hampir 6,000 petugas serta bantuan makanan sehingga 31 Mac 2020. Bantuan ini berjumlah RM 1.2 juta," katanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu menerusi laporan Selangor Kini, pakej itu bukan menumpukan kepada peniaga dan petugas hospital sahaja tetapi pelajar juga akan menerima bantuan daripada kerajaan negeri.
"Pelajar dari Selangor yang kini sedang menuntut di Sabah dan Sarawak turut diberikan bantuan wang tunai RM200.
"Pelajar di UNISEL, KUIS dan Kolej INPENS yang tidak pulang ke kampung pula diberikan bantuan makanan percuma bermula 22 hingga 31 Mac," katanya.
Bantuan sebegini pastinya amat dialu-alukan ketika orang ramai menghadapi krisis COVID-19 ini.
Sumber: Twitter Amirudin Shari/ Selangor Kini
#Selangor #Peniaga #COVID 19
;