Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Covid-19: Vivy Yusof Beri Sumbangan Kepada Petugas Perubatan & Hospital Selepas Berjaya Kutip Dana Lebih RM170,000

Azwa Rahman
18/03/2020 10:29 MYT
Usahawan terkenal Datin Vivy Yusof dan suami Datuk Fadzarudin Anuar telah melancarkan kutipan dana bagi membantu kakitangan perubatan yang terlibat dalam membasmi wabak Covid-19.

Menerusi laman sosial Instagram, Vivy berkongsi foto tangkapan skrin yang menunjukkan angka kutipan dana serta foto kakitangan hospital yang telah menerima sumbangan mereka.

“Dalam masa satu malam, kita berjaya kutip RM100,000! Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang berhati mulia kerana menderma.

In one night, we raised 100K together guys ?❤ Thank you so much to all you kind hearted Malaysians ever ready to help! Last night we donated a laptop and food supplies so now with your help we can do even more to more hospitals out there. So proud to be a part of your community, you guys are amazing! And to our frontliners, you guys are our angels. If you'd like to contribute, link in my bio! #covid19

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof) on


“Semalam kami derma komputer riba dan keperluan makanan. Kini dengan bantuan ramai, banyak hospital yang boleh terima sumbangan. Bangga dapat menjadi sebahagian daripada komuniti ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Menyasarkan jumlah kutipan sebanyak RM300,000, Vivy memaklumkan jumlah dana yang berjaya dikutip sehingga petang ini sudah berjumlah RM173,000.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji tindakan pengasas FashionValet yang sangat prihatin pada keperluan semasa.

Malah, ada wargamaya yang turut menyenaraikan beberapa hospital yang memerlukan sumbangan orang ramai.

“Alhamdulillah, terima kasih Vivy dan Fadza. Semoga Tuhan akan kurniakan limpahan rezeki untuk kalian berdua,” doa seorang wargamaya.

“Vivy, tolong buat sesuatu di hospital Kelantan. Serba daif saya tengok. Kesian dekat kakitangan hospital dan para pesakit,” luah seorang wargamaya.

“Tengoklah senyuman kakitangan hospital tu. Dapat buat perkara macam ni, tunjuk yang kita prihatin, cukup buat mereka gembira dan bersemangat,” kata seorang wargamaya.

“Terima kasih Vivy dan Fadza cetuskan idea murni ni. Semoga kita semua bebas daripada wabak Covid-19 dengan cepat,” tulis seorang wargamaya lagi.

Minggu lalu, Vivy dan Fadza menyumbang penghawa dingin mudah alih kepada pihak Hospital Serdang sebagai tanda prihatin terhadap kerja keras serta pengorbanan petugas kesihatan merawat pesakit positif Covid-19.
#Vivy Yusof #Fadza Anuar #COVID-19
;