Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Craving Masakan Nyonya? Cubalah KFC Ayam Pedas Nyonya…‘Kaw’ Memukau!

Fiza Kamarudin
07/12/2021 07:23 MYT
Ramai yang menggemari masakan nyonya atau peranakan kerana keunikan rasanya. Menu fusion ini memang sedap kerana herba dan bahan yang digunakan seperti serai, daun limau purut dan bunga kantan.

Dapat pula rasa masam-pedas yang memang memenuhi citarasa tu…Mak mentua lalu kat belakang pun tak perasan oi!

Alahai…tekak ni teringin pula nak makan ayam pedas nyonya, tapi nak ke dapur tu rasa malas pula. Bahan-bahan di dapur pun tak ada.

Kalau situasi ini berlaku, jangan risau…KFC Ayam Pedas Nyonya dah dilancarkan pada 30 November lepas tau. Rasa dan keenakannya memang ‘kaw’ memukau!

Fuhhhhhh…lepas ni tak payahlah susah-susah lagi berperang di dapur kalau teringin nak makan masakan nyonya.

KFC Ayam Pedas Nyonya didatangkan dengan set kombo tiga ketul ayam, coleslaw, kentang putar dan Minuman sejuk berkarbonat.

Atau kalau korang memang penggemar nasi, boleh dapatkan kombo dua ketul KFC Ayam pedas Nyonya bersama coleslaw, nasi Colonel dan Minuman sejuk berkarbonat.

Dah kalau namanya masakan nyonya, sudah tentu hidangan itu terdiri daripada kepingan ayam pedas dan rangup. Di tambah pula dengan rasa segar bahan-bahannya seperti bunga kantan, limau purut dan serai. Fuhhh! Memang terangkat!

Tunggu apa lagi, cepat pesan KFC Ayam Pedas Nyonya menerusi aplikasi KFC dan pilihlah sama ada korang nak KFC Delivery, Pandu Ambil atau Self Collect di restoran berhampiran.

Maklumat lanjut layari www.kfc.com.my dan jangan lepaskan peluang untuk mencuba KFC Ayam Pedas Nyonya hari ini juga.

Maklumlah KFC Ayam Pedas Nyonya limited edition…Kalau lambat-lambat nanti takut putih mata pula kang!
#Gaya Hidup #Advertorial #KFC #KFC Ayam Pedas Nyonya
;