Cristiano Ronaldo Dikuarantin Selepas Pemain Juventus Positif Covid-19

Amri Hassan
Mac 13, 2020 01:19 MYT
Bintang bola sepak antarabangsa, Cristiano Ronaldo terpaksa dikuarantin di kediamannya di Madeira, Portugal selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus positif COVID-19.
Ronaldo juga dikatakan pernah berkongsi bilik persalinan dengan pemain itu sebelum ini.
Terdahulu, pemain pertahanan kelab itu, Daniele Rugani, dilaporkan positif COVID-19 selepas terlibat dalam perlawanan antara Juventus dan Inter Milan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua pemain daripada kedua-dua pasukan ini akan diletakkan dalam tempoh kuarantin sehinggalah disahkan negatif virus berkenaan.
Terdahulu, pihak penganjur memutuskan untuk meneruskan saingan Serie A itali di stadium, tanpa penonton dalam usaha mengawal penularan pandemik itu.
Turut melaksanakan langkah sama ialah pihak penganjur saingan Bundesliga di Jerman.
Perlawanan EPL juga terkesan akibat COVID-19 selepas pertemuan antara Manchester City dan Arsenal pada Rabu ditunda.
Sumber: Daily Mail
#Cristiano Ronaldo #Sukan #COVID-19