,
Gaya Hidup

Cristiano Ronaldo Kini Miliki Lapangan Terbang

Syafiqah Jalal
30/03/2017
11:41 MYT
Bintang bola sepak dunia yang juga kapten pasukal Portugal, Cristiano Ronaldo hari ini secara rasmi memiliki lapangan terbang antarabangsa yang dinamakan sempena namanya sebagai tanda penghormatan.
Upacara perasmian lapangan terbang yang berlangsung di Pulau Madeira itu dibanjiri lebih lima ribu peminat.
Acara tersebut menyaksikan pertukaran nama lapangan terbang Madeira kepada Lapangan Terbang Cristiano Ronaldo.
Dalam pada itu, Ronaldo turut meluahkan rasa terharu dan bangga apabila diberi penghormatan sedemikian ditempat kelahirannya itu.
“Saya tidak meminta pertukaran ini, namun saya bukan hipokrit, yang mana saya akui perubahan nama lapangan terbang ini merupakan satu penghormatan besar kepada saya.
“Sudah tentu saya berasa sangat gembira,” katanya.
Selain lapangan terbang, Ronaldo juga mempunyai tugu, muzium dan kompleks hotel yang dinamakan sempena namanya dan dia dianggap sebagai individu paling berjaya di Madeira.
Sumber : theguardian.com Olahan : Izzat Ridzwan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Cristiano Pegang Rekor 201 Juta Pengikut di Instagram, Ini 9 Nama Selebriti yang Punya Lebih 100 Juta Pengikut

gempak
01/02/2020
15:17 MYT
Hollywood

Teman Wanita Christiano Ronaldo Hamil?

gempak
26/06/2018
11:04 MYT
BorakSeeni