Pemain sepak bola legenda, Cristiano Ronaldo mendedahkan dia menyimpan abu mayat anak lelaki yang meninggal dunia di kediamannya.
Menyifatkan kehilangan anak lelaki yang dikandung pasangannya, Georgina Rodríguez sebagai sebuah momen paling buruk dalam hidupnya, Ronaldo berkongsi hal tersebut dalam temubual di Ronaldo’s TalkTV bersama Piers Morgan.
Bintang Manchester United tersebut mengumumkan bakal menimang cahaya mata kembar lelaki dan perempuan pada Disember 2021. Namun Ronaldo kemudian menyampaikan berita sedih anak lelakinya meninggal dunia pada April lalu.
“Abu mayat anak lelaki saya ada bersama saya di rumah. Sama seperti abu mayat bapa saya.
“Ini adalah perkara yang tidak mahu saya hilang seumur hidup, tidak akan menabur atau membuangnya di lautan,” ujar Ronaldo.
Tambah Ronaldo yang kehilangan bapanya pada 2005 silam: “Saya menyimpan mereka bersama saya. Anak saya berada di sebelah bapa saya.
“Saya memiliki gereja kecil di bawah rumah dan di situlah saya simpan mereka.”
Sewaktu mengumumkan tentang kematian anak lelaki mereka, Ronaldo dan Rodríguez saat itu menulis: Hanya kelahiran bayi perempuan kami memberi kekuatan dalam mendepani kehidupan ini.”
Dalam satu temubual sebelum ini, Ronaldo mengaku tidak mudah untuk meraikan momen menerima kelahiran seorang bayi perempuan dan kehilangan anak lelaki dalam masa serentak.
“Ia gila dan sangat susah untuk saya jelaskan kepada orang terdekat. Ia seperti saya tidak tahu saya sedang tersenyum atau ketawa kerana tidak tahu bagaimana untuk memberi reaksi terhadap situasi yang kami hadapi waktu itu,” katanya lagi.
Kredit Foto: Vanity Fair
Maliah Surip
Thu Nov 17 2022


Lah, Rupanya Awkwafina Pernah Menetap Di Kuala Lumpur? Ini Kisahnya…
Rupanya Awkwafina pernah duduk sini...

Video Bruce Springsteen Jatuh Tangga Sewaktu Konsert Ditonton 7.4 Juta Kali
Lebih 7 juta views ya!

Proses Persiapan Buku Penuh Air Mata, Puteri Sarah ‘Spill The Tea’ Kisah Peribadi & Tragedi Hidup Dalam ‘Terus Melangkah’ - “Menceritakan Sisi Lain Yang Tak Pernah…”
Sarah kongsi kisah peribadi dalam buku pertamanya.

#PE3: 8 Hari Tayang, Polis Evo 3 Kaut RM25 Juta! Watak ‘Villain’ Reza Jadi Bualan Hangat
Tahniah Polis Evo 3 boh!

Jamal Abdillah Lega Dapat Saman PRISM – “Lagu Dimainkan Di Radio Tapi Tiada Royalti”
Artis tak dapat royalti?

#MEGASPONTAN2023: Hubungan Jalaluddin Hassan Dengan Roy Azman Macam ‘Tom & Jerry’ - “Walaupun Ada Nampak Seperti Kami Gaduh, Tapi…”
Suka tengok Tok Jalal dengan Roy.

“Saya Bukan Mangsa Fesyen” - Aina Abdul Mahu Tonjol Alter Ego, Dedah Maksud Tersirat Baju ‘Toto’ Viral
Ada sebab kenapa baju Aina unik-unik.

#PE3: “Jadi Sniper Pun Smart!”- Girl Crush! Ramai Ingat Sofia Jane Rupanya Farali Khan! Lakonan Jadi Inspektor Julie Memang ‘Bad Ass’
Memang girl crush lah Farali ni. Cantiknya.

“Saya Rasa Dizalimi” - Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS, Bapa Anzalna Tak Tolak Ada Campur Tangan Politik & Kroni
Dapat notis 24 jam.

“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Memang tak sabar!