"Cuaca Sejuk, Kru Jatuh Sakit" - 15 Jam Masuk Bario Demi Tegkang, Pengarah Lega Filem Menang Banyak Anugerah
Amri Hassan
14/10/2024 12:50 MYT
14/10/2024 12:50 MYT
Industri perfileman tanah air sering dibanjiri oleh filem-filem dengan genre seram, aksi, atau komedi, dan jarang menonjolkan budaya masyarakat setempat dengan jalan cerita yang menyentuh perasaan.
Oleh itu, MyContent Distribution Sdn Bhd mempersembahkan filem Tegkang, yang mengangkat tema kasih sayang, kebebasan, dan janji.
Filem ini menampilkan pelakon seperti Syafie Naswip dan Michelle Lungan, yang berasal dari kaum Kelabit di Sarawak.
“Idea asal jalan cerita filem ini adalah daripada pengarah iaitu Josh Nawan. Sewaktu sesi perbincangan, dia berkongsi konsep dan jalan cerita cukup menambat hati saya.
“Ia bukanlah sekadar sebuah cerita cinta semata-mata, tetapi turut mengangkat tema tentang kasih sayang, kebebasan dan sikap berpegang pada janji,” ujarnya.
Filem ini istimewa kerana menampilkan 99% pelakon dari kaum Kelabit dan hampir keseluruhan penggambaran dilakukan di Bario. Filem ini memberikan gambaran yang mendalam mengenai budaya kaum Kelabit, yang jarang diketengahkan.
Selain itu, Tegkang telah meraih beberapa anugerah, termasuk Anugerah Juri di Festival Lift-Off di Pinewood Studios UK, dan turut dipilih sebagai Filem Penutup Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu 2024.
Pengarah filem, Josh Nawan, berkongsi bahawa inspirasi untuk filem ini datang dari kisah datuk saudaranya yang dibesarkan di kawasan pedalaman, di mana pengalaman tersebut diadaptasi menjadi jalan cerita filem.
"“Sebenarnya, jalan cerita dalam filem Tegkang ini memang ada berkait rapat dengan kisah tentang datuk saudara saya.
“Memandangkan saya membesar dengannya, jadi saya rasa kisahnya itu sangat menarik untuk diolah menjadi sebuah naskhah filem,” ujarnya.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 28 November 2024.
Sinopsis: Filem ini berkisarkan kehidupan di kampung terpencil di Bario, di mana rahsia lama terbongkar dengan kehadiran pelancong Hanafi yang menjalin persahabatan dengan Rinai.
Oleh itu, MyContent Distribution Sdn Bhd mempersembahkan filem Tegkang, yang mengangkat tema kasih sayang, kebebasan, dan janji.
Filem ini menampilkan pelakon seperti Syafie Naswip dan Michelle Lungan, yang berasal dari kaum Kelabit di Sarawak.
BERITA TRENDING: Filem Masyarakat Kelabit 'Tegkang' Menang Lift-Off Sessions, Bakal Bersaing Di London!
Kata penerbit eksekutif, Lyn Nasihin, Tegkang, yang bermaksud "Pelangi" diambil daripada bahasa Kelabit.“Idea asal jalan cerita filem ini adalah daripada pengarah iaitu Josh Nawan. Sewaktu sesi perbincangan, dia berkongsi konsep dan jalan cerita cukup menambat hati saya.