Cuak Habis! Kucing Liar RM30,000 Aliff Syukri Hilang Sejak Semalam, Tapi Mujurlah ...

Amri Hassan
November 30, 2018 08:05 MYT
Haiwan peliharaan milik usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri disahkan hilang sejak semalam.
Kucing liar baka Afrika itu kata Aliff terlepas di kawasan rumahnya di Kota Damansara akibat kecuaian pekerjanya.
"Hilang dari semalam berpunca daripada pekerja saya yang cuai dan tak bertanggungjawab.
"Ya Allah kau jumpakanlah kucing aku.
"Perhatian kucing Afrika milik saya hilang dan terlepas di area rumah saya di sekitar Kota Damansara.
"Sesiapa yang nampak hubungi nombor tertera kerana membahayakan orang awam. Saya sudah menghubungi Perhilitan," tulis Aliff.
Bagaimanapun, menerusi kemas kini terbaharu, kucing yang diberi nama Dodi itu telah ditemukan semula di salah sebuah rumah jirannya petang tadi.
Difahamkan kucing liar itu dibeli Aliff dengan harga mencecah RM30,000.
#Kucing #Datuk Seri Aliff Syukri #Dodi