Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Cuak Sampai Tercirit? Lawak! ” -Netizen Tak Sangka Jaga-Jaga Senariounion Banyak Babak Berdekah!

Hanafis Haris
06/05/2022 12:35 MYT

Filem terbaru pelawak lagenda Jaga-Jaga Senariounion dianggap antara karya terbaru yang sarat dengan babak melucukan.

Selain ‘pacing’ yang laju dan tidak membosan, filem ini juga banyak menampilkan babak yang tidak diduga.

Antaranya termasuklah ketika watak Hamdan yang ‘kantoi’ tercirit di dalam seluarnya.

Perkara itu sekali gus membuktikan dia tidak bersalah dengan kes yang sedang berlaku.

Babak tersebut ternyata mengundang gelak tawa penonton yang tidak menjangkakan teori sebegitu muncul daripada pemikiran watak penyiasat yang dibawa oleh Saiful Apek.

Mengapa Hamda tercirit dan tidak bersalah? Anda kena saksikan filem Jaga-Jaga Senariounion.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.

Sekadar info, Sekadar info, kisah Jaga-Jaga Senariounion bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Datuk Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya.

Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja.

Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

#Senario #Senariounion #Jaga-Jaga Senariounion
;