Cuba Banyak Cara Tapi Gagal, Cut Mini Ikhlas 23 Tahun Kahwin Tidak Dikurnia Anak
Maliah Surip
22/12/2023 07:50 MYT
22/12/2023 07:50 MYT
Pelakon Cut Mini mengaku pada usia perkahwinan masuk 23 tahun, dia dan suami, Muhamad Safril Sarwono sudah ikhlas kerana masih belum diberi rezeki memiliki anak.
“Seawal tahun pertama nikah kami sudah pergi bertemu doktor untuk melakukan ujian dan memastikan kesihatan serta kesuburan tidak bermasalah.
“Dan semuanya baik maka kami berusaha mendapatkan anak secara normal,” kata Cut Mini sewaktu menjadi tetamu YouTube Daniel Mananta seperti dilaporkan Liputan6.com.
“Jadi kami ambil keputusan untuk lakukan proses bayi tabung uji. Kami ambil beberapa telur yang pada pandangan doktor ia baik. Ada beberapa dibekukan.
“Tapi percubaan pertama bayi tabung uji gagal. Dan dilakukan lagi menerusi telur yang dibekukan juga gagal. Waktu itu usia saya sekitar 30-an,” katanya lagi.
“Lepas buat akupuntur saya dirasakan hamil. Perasaan sewaktu itu berbunga-bunga, fikir jika kami mati akan ada yang mendoakan (anak).
“Malangnya seminggu selepas itu saya mengalami pendarahan. Saya histeria dan tidak dapat menerima kenyataan,” dedahnya.
Setelah semua usaha yang dijalankan gagal sehingga akhirnya dia dan suami memilih untuk ikhlas kerana tidak diberi zuriat.
Tanpa sedar usia rumah tangga mereka sudah masuk 23 tahun. Dia juga tidak pernah mencuba untuk hamil lagi.
"Kita nikmati semua yang ada kalau memang diberi zuriat maknanya Allah percaya bahawa kita mampu jadi ibu dan bapa yang boleh menyayangi dan membimbing dia.
“Kalaupun tidak bukan bermaksud kita tidak terbaik, tapi Allah punya rencana yang lebih baik lagi," tutupnya.
BERITA TRENDING: Rawatan IVF Tahun Lalu Gagal, Aprena Manrose Mahu Kembali Aktif Berlakon - “Bila Dah Buat Sekali,…
Ironi kata bintang filem Laskar Pelangi itu, dia dan suaminya sudah melakukan pelbagai cara termasuk melakukan beberapa kali prosuder bayi tabung uji untuk mendapatkan zuriat.“Seawal tahun pertama nikah kami sudah pergi bertemu doktor untuk melakukan ujian dan memastikan kesihatan serta kesuburan tidak bermasalah.
“Dan semuanya baik maka kami berusaha mendapatkan anak secara normal,” kata Cut Mini sewaktu menjadi tetamu YouTube Daniel Mananta seperti dilaporkan Liputan6.com.
BERITA TRENDING: Fasha Sandha Rancang Hamil Tahun Depan, Pilih Proses IUI Atau IVF Untuk Dapat Anak Lelaki
Namun tanpa disedari setelah masuk usia pernikahan sembilan tahun mereka masih belum dikurniakan anak.“Jadi kami ambil keputusan untuk lakukan proses bayi tabung uji. Kami ambil beberapa telur yang pada pandangan doktor ia baik. Ada beberapa dibekukan.
“Tapi percubaan pertama bayi tabung uji gagal. Dan dilakukan lagi menerusi telur yang dibekukan juga gagal. Waktu itu usia saya sekitar 30-an,” katanya lagi.
PILIHAN PEMBACA: Soalan ‘Bila Nak Ada Anak’ Sensitif… Netizen & Rakan Artis Pujuk Achey & Isteri
Wanita berusia 49 tahun itu melanjutkan selain bayi tabung uji, dirinya melakukan alternatif rawatan akupuntur sehingga sempat diberi harapan berjaya hamil.“Lepas buat akupuntur saya dirasakan hamil. Perasaan sewaktu itu berbunga-bunga, fikir jika kami mati akan ada yang mendoakan (anak).