Hiburan

"Cuba Cari Penyelesaian Ketika Tempoh Edah" - Nasihat Norman Hakim Buat Pasangan Baru Cerai

gempak
Amri Hassan
22/07/2019
12:55 MYT
Sponsor Banner
"Cuba Cari Penyelesaian Ketika Tempoh Edah" - Nasihat Norman Hakim Buat Pasangan Baru Cerai
Pelakon Norman Hakim menyarankan agar pasangan suami isteri yang baru melalui proses perceraian agar bermuhasabah diri dan berusaha untuk menyelamatkan perkahwinan yang telah terbina atas dasar cinta.
Pernah melalui situasi sama ketika bercerai dengan pelakon Abby Abadi suatu ketika dahulu, Norman akur tentang soal hati dan perasaan yang tidak boleh dipaksa.
"Semua orang kalau boleh enggan menggegarkan tiang arasy Allah. Saya pun pernah melalui isu perceraian sebelum ini dan kita tahu sebenarnya ini sangat subjektif apabila berdepan dengan soal hati dan perasaan.
"Ia sekarang menjadi satu tabu apabila terjadinya satu perceraian, ia kemudiannya meleret ke pasangan lain pula.
"Sememangnya jodoh dan ajal itu di tangan Allah tetapi kita sendiri cubalah muhasabah diri dan mencari penyelesaian ketika tempoh edah itu supaya kita boleh menyelamatkan hubungan, terutama apabila pasangan itu sudah memiliki anak," katanya kepada HLive.
Norman turut menasihati pasangan yang bercerai agar tidak mementingkan diri sebaliknya fikirkan masa depan anak yang tersepit antara ibu dan bapa yang sudah berpisah.
"Kita tak boleh terllau memikirkan kepentingan kita sebab kedua-dua pasangan ada keluarga.
"Seandainya masih ada peluang untuk menyelamatkannya, kita cubalah," tambahnya.
Norman dan Abby mendirikan rumah tangga pada 2003 namun bercerai pada 2008.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live