Penyanyi dan bintang Big Stage musim pertama, Ariff Bahran bakal tampil dengan single terbaru berjudul Tiga Kucing tidak lama lagi.

Menerusi laporan H Live, Ariff akui genre lagu tersebut berbeza dengan lagu-lagu yang dinyanyikan sebelum ini, namun dia cuba untuk menghiburkan pendengar.

"Sekarang saya dalam proses menyiapkan lagu terbaru iaitu Tiga Kucing yang akan turut menampilkan tiga artis lain.

"Genre lagu tersebut memang berbeza, sebelum ini orang ramai sudah biasa dengar saya menyanyikan lagu balada.

"Saya mahu cuba perkara baru, semoga lagu baru ini mempunyai impak yang baik untuk menghiburkan para pendengar nanti," ujarnya.



Difahamkan, single tersebut akan dilancarkan sekitar bulan Februari tahun ini.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).