Viral
“Cuba Habiskan Tapi…” - Ulas Nasi Arab Chef Ammar Tak Sedap, Netizen Back Up Tak Adil Banding Dengan Nasi Briyani
Luahan hati seorang pengguna Facebook mengenai rasa masakan nasi arab cef terkenal iaitu Chef Ammar mendapat perhatian netizen.
Coretan panjang yang tular di media sosial semalam menceritakan tentang pengalamannya menikmati nasi arab itu ternyata mengundang rasa kurang selesa netizen.
Menurut pengguna Facebook tersebut, makanan yang dibelinya itu tidak menepati jangkaan dan dilabel sebagai kurang enak.
“Aku yakin kalau ampa p makan dekat 10 kedai nasi arab/briyani mamak ka briyani gam Johor ka, 9-9 kedai tu mesti lagi sedap dari ni. Aku bukan nak hina rezeki, aku cuba sedaya upaya untuk habiskan tapi tak berdaya. Setiap suapan aku jadi semakin marah.
“Aku bagi review semua tak berbayar so aku akan cerita apa yang aku rasa. In fact kedai nasi briyani gam kat Bangi aku dok makan pon jauh lagi sedap dari ini.
“Nak kata nasi sedap pun tak, kambing sedap pun tak, lepas tu yang tu kuah ka sup ka ayaq kambing ka minyak ka aku pun tak tahu,” kongsinya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-ratanya kurang bersetuju dengan kenyataan itu dan menganggap pemuda itu keliru dengan perbezaan rasa antara nasi arab dan briyani.
“Nak bandingkan nasi arab dan nasi briyani memang tak adil lah. Sebab rempah dan ramuan tidak sama. Melainkan nak bezakan nasi Arab A dengan nasi Arab B. Baru Adil dalam perbandingan. Ibarat banding kereta kancil dan kereta BMW. Memang tak sama,” tulis Mohamad Shahrul F
“Pertama kali makan nasik arab ke ni. Nasik arab pun ada banyak jenis. Nak penuh rempah ambik la Maqlubah tu,” cadang Najmi Zabidi.
Disclaimer: Status tular ini ditulis oleh seorang pemuda yang menyatakan pandangannya terhadap nasi arab Chef Ammar. Selain itu, pemuda itu juga merasakan harga yang dibayar juga tidak setimpal dengan rasa masakan yang dinikmatinya.
Terdahulu, Chef Ammar sememangnya terkenal dengan masakan Timur Tengah yang sangat lazat. Antara hidangan popularnya adalah Nasi Mandi Ayam dan Nasi Mandi Lamb Shank.