Laman Utama

Cuba Jadi Batu Api Malaysia-Singapura, Ini Respons Netizen Malaysia Terhadap Zionis - “Kitorang Bergaduh Nasi Lemak Siapa Lagi Sedap”

Gempak
22/11/2023
07:55 MYT
Baru-baru ini, satu akaun milik rejim Zionis membuat hantaran di Platform X cuba untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia dan Singapura.
Dalam entri yang dibuat oleh Israel War Room, akaun tersebut cuba menceritakan tentang sejarah kenapa Malaysia sangat membenci Israel.
Menurut akaun terbabit, negara haram itu telah banyak berjasa dengan memberi pertolongan kepada Singapura untuk merdeka daripada mana-mana negara jiran yang mahu menjajah.

BERITA TRENDING: Diminta Masak Makanan Israel, Lelaki Ini Dipuji Sebab…

“Tahu tak kenapa netizen Malaysia sangat toksik dan benci kepada Yahudi dan Israel? Sebenarnya ada sejarah di sebaliknya.
“Malaysia benci Israel kerana Israel menolong negara yang kecil, Singapura untuk mencapai kemerdekaan dan berjaya daripada didominasi oleh negara-negara jiran,” tulis akaun itu.
Ever wondered why online Malaysians are so venomous and hateful to Jews and the Jewish state? Well, there's some history here.
Southeast Asian history is replete with instances of Malaysia bullying and intimidating smaller neighboring…— Israel War Room (@IsraelWarRoom) November 20, 2023 Bagaimanapun, netizen Malaysia pantas meninggalkan respons yang menyifatkan akaun rejim Zionis itu cuba menjadi batu api antara negara Malaysia dan Singapura.
Menurut netizen Malaysia, tiada sebarang perselisihan faham berlaku, sebaliknya kedua-dua negara ini hanya bertanding tentang makanan siapa yang lebih baik.
“Cuba untuk menyemai kebencian antara Singapura dan Malaysia dengan cara antisemitik. Kedua-dua negara hanya bergaduh tentang Nasi Lemak siapa yang lebih sedap,” tulis netizen tersebut.
Hantaran itu mendapat sokongan oleh rakyat Malaysia dan Singapura di mana rata-ratanya bersetuju tiada perbalahan antara dua negara berkenaan.
Antara respons yang diterima:
“Dia ingat dia boleh api-apikan kita,”
“Tak tipu, kitorang lebih risaukan tentang makanan,”
“Kitorang gaduh-gaduh manja je. Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei paling teruk pun overclaimed makanan siapa punya dan siapa sedap.”
Sekadar info, negara Malaysia menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Sumber: Platform X
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

8 Kawasan Di Malaysia Catat Cuaca Panas Di Tahap Berjaga-Jaga

gempak
26/07/2024
05:55 MYT
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas di lapan kawasan di Semenanjung hari ini.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.