Laman Utama
Cuba Jadi Batu Api Malaysia-Singapura, Ini Respons Netizen Malaysia Terhadap Zionis - “Kitorang Bergaduh Nasi Lemak Siapa Lagi Sedap”
Baru-baru ini, satu akaun milik rejim Zionis membuat hantaran di Platform X cuba untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia dan Singapura.
Dalam entri yang dibuat oleh Israel War Room, akaun tersebut cuba menceritakan tentang sejarah kenapa Malaysia sangat membenci Israel.
Menurut akaun terbabit, negara haram itu telah banyak berjasa dengan memberi pertolongan kepada Singapura untuk merdeka daripada mana-mana negara jiran yang mahu menjajah.
BERITA TRENDING: Diminta Masak Makanan Israel, Lelaki Ini Dipuji Sebab…
“Tahu tak kenapa netizen Malaysia sangat toksik dan benci kepada Yahudi dan Israel? Sebenarnya ada sejarah di sebaliknya.“Malaysia benci Israel kerana Israel menolong negara yang kecil, Singapura untuk mencapai kemerdekaan dan berjaya daripada didominasi oleh negara-negara jiran,” tulis akaun itu.
Bagaimanapun, netizen Malaysia pantas meninggalkan respons yang menyifatkan akaun rejim Zionis itu cuba menjadi batu api antara negara Malaysia dan Singapura.? MALAYSIAN ANTISEMITISM EXPOSED ?Ever wondered why online Malaysians are so venomous and hateful to Jews and the Jewish state? Well, there's some history here.Southeast Asian history is replete with instances of Malaysia bullying and intimidating smaller neighboring…— Israel War Room (@IsraelWarRoom) November 20, 2023
Menurut netizen Malaysia, tiada sebarang perselisihan faham berlaku, sebaliknya kedua-dua negara ini hanya bertanding tentang makanan siapa yang lebih baik.
“Cuba untuk menyemai kebencian antara Singapura dan Malaysia dengan cara antisemitik. Kedua-dua negara hanya bergaduh tentang Nasi Lemak siapa yang lebih sedap,” tulis netizen tersebut.
Hantaran itu mendapat sokongan oleh rakyat Malaysia dan Singapura di mana rata-ratanya bersetuju tiada perbalahan antara dua negara berkenaan.
Antara respons yang diterima:
“Dia ingat dia boleh api-apikan kita,”
“Tak tipu, kitorang lebih risaukan tentang makanan,”
“Kitorang gaduh-gaduh manja je. Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei paling teruk pun overclaimed makanan siapa punya dan siapa sedap.”
Sekadar info, negara Malaysia menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara.
Must-Watch Video