HIBURAN
Cuba Masak Resepi Baharu, Anak Shuib Meraung Terkena Minyak Panas - “Mummy Panik & Menggeletar…”
Anak kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Thalita mengalami kecederaan selepas terkena minyak panas ketika sedang mencuba resipi baharu di dapur rumahnya.
Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh isteri Shuib, Watie Hanifiah menerusi hantaran di Instagram yang turut berkongsi momen cemas ketika kejadian berlaku.
Watie mengakui berasa panik dan menggigil apabila melihat Thalita menangis kesakitan selepas terkena minyak panas.
“Kesian anak mummy… Talita meraung mummy pun jadi panik, menggeletar tak tahu nak apa dulu,” tulisnya.
Tambahnya lagi, anak gadis itu sempat meluahkan perasaannya yang menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku.

“Tapi dalam pada dia meraung, menangis tu mulut dia tak habis habis tanya, Talita ada dosa dengan mummy ke, Talita ada dosa dengan Daddy ke, Talita anak yang baikkan? kenapa Allah bagi Talita rasa sakit mummy? Talita ada sakitkan hati sesiapa ke Mummy?,” tambahnya.
Dalam pada itu, Watie juga meminta doa orang ramai agar anak tirinya cepat sembuh.
“Doakan Thalita cepat sembuh dan kalau korang ada tips terkena minyak panas, jangan lupa dengan mummy okay,” kongsinya.