Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

“Cuba Pertahankan Dolla Selama Yang Mungkin…” - Sabronzo Mahu Dolla Terus Raih Kejayaan Yang Lebih Tinggi Pada Masa Akan Datang

Izwan Isa 11/11/2021 | 12:50 MYT
Melihat pada landskap hiburan dan industri muzik tempatan, kehadiran penyanyi berkumpulan masa kini, lebih-lebih lagi yang dianggotai oleh penyanyi wanita dilihat tidaklah serancak pada waktu dahulu.
Namun, ia tidak bermakna yang industri kita kekurangan pelapis bagi meneruskan perjuangan penyanyi-penyanyi kumpulan senior yang pernah popular dalam kalangan penggemar muzik puluhan tahun lalu.

A post shared by Sabrina Rusli (@sabronzo)

Jika sekitar tahun 90-an pendengar muzik di Malaysia dimeriahkan dengan lagu-lagu nyanyian kumpulan Feminin dan Elite, nampaknya legasi tersebut diteruskan menerusi kehadiran kumpulan pop yang sedang meningkat naik, Dolla.
Dianggotai oleh Sabronzo, Syasya, Taby dan Angel, kumpulan yang mengangkat muzik pop dan R&B ini makin mendapat tempat di hati peminat tempatan, lebih-lebih lagi apabila lagu mereka kerap menjadi siulan pendengar muda.
Sungguhpun sedang mengukir nama di persada muzik, namun, mimpi buruk yang sering menjadi igauan kebanyakan penyanyi berkumpulan adalah adakah hayat kumpulan yang dianggotai mereka akan kekal lama.
Menurut Sabronzo, salah seorang anggota Dolla, bukan mudah sebenarnya bagi penyanyi berkumpulan untuk kekal bersama, namun, mereka berempat sedaya upaya cuba mempertahankan keberadaan mereka dalam industri.
“Kami sedia maklum bahawa tiada kumpulan pop wanita yang mampu untuk kekal selama-lamanya. Masing-masing akan ada misi dan impian untuk mencapai apa yang diinginkan.
“Akan tetapi impian kami pada ketika ini ialah cuba pertahankan Dolla selama yang mungkin agar kami dapat mencapai impian kami yang tertinggi,” katanya ringkas ketika ditemui pada acara pertunjukan fesyen Neonate Clothing di Kuala Lumpur Fashion Week 2021 yang berlangsung di ibu kota baru-baru ini.

A post shared by Sabrina Rusli (@sabronzo)

Sabronzo dipilih untuk memperagakan salah satu busana koleksi Neonate Clothing di samping artis-artis popular lain seperti Namron Abdul Latif Romly, Sissy Iman, Yonny Boii, jurusolek Bosco dan Aidil Maula.
Mula meraih beberapa kejayaan sejak debut dua tahun lalu, Dolla yang kini tampil dengan single berjudul Berani juga bersedia sekiranya semua gerak-geri diperhatikan, termasuk soal peribadi.
“Kami sudah boleh jangka perkara sedemikian akan berlaku pada awal-awal Dolla ditubuhkan lagi. Kami rasa okay saja sebabnya kami pun tiada perkara yang ingin disorokkan pada peminat.
“Kami jenis yang ‘real’. Apa yang ditonjolkan di media sosial, itulah diri kami yang sebenarnya. insya-Allah tidak akan sorok kalau ada teman lelaki misalnya. Cuma belum ada (teman istimewa), jadi belum tahu bagaimana,” jelasnya.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
#KLFW #DOLLA #Sabronzo
;