VIRAL

Cuba Selamatkan Mangsa Lemas Tapi Tubuh Sasa 'Abang Polis' Yang Jadi Tumpuan Netizen - “Masih Single Ke?”

Asyraf Roslan 24/08/2025 | 12:25 MYT

Seorang anggota polis di China yang dikenali sebagai Li Shuda menyorot perhatian ramai selepas tindakannya menyelamatkan seorang mangsa lemas baru-baru ini.

Bagaimanapun, bukan tindakan beraninya yang menjadi tumpuan sebaliknya gambar dirinya berbaju-T basah yang menampakkan tubuh sasa mengundang pelbagai reaksi netizen.

Memetik laporan South China Morning Post, insiden tersebut berlaku pada 24 Julai lalu di Wanning, Hainan, selatan China.

Pada ketika itu, difahamkan Li sedang berehat sebelum menyedari mangsa, Ye sedang tenggelam dibawa arus deras.

“Pada mulanya saya ingat mereka hanya bergurau tetapi selepas tiga hingga empat minit, saya nampak dia benar-benar tenggelam. Saya terus terjun ke laut untuk membantu,” kata Li kepada SCMP.

Pada 28 Julai, Ye tampil memberikan banner sutera sebagai tanda penghargaan kepada Li.

Namun, selepas kisahnya dilaporkan, tumpuan ramai bertukar kepada satu foto Li yang diambil sejurus keluar dari laut.

Dalam gambar tersebut, bajunya yang basah menampakkan bentuk tubuh sasa, sekali gus mencetuskan fenomena di media sosial.

Pelbagai komen lucu dan nakal membanjiri ruangan komen:

“Pegawai Li terlalu kacak, saya terus pening!

“Seorang polis yang bertanggungjawab dan handsome… masih single ke?

“Boleh saya dapat nombor telefon dia? Saya pun nak terjun laut,” tulis netizen

Ada juga yang secara berseloroh memberi amaran bahawa kawasan pantai itu mungkin akan semakin sesak kerana orang ramai sanggup berpura-pura lemas untuk diselamatkan oleh Li.

#Polis #Abang Sado #Mangsa Lemas