Cuba Teka Apa Tun M Kata Bila Mengusik Chef Wan Di Meja Makan?

Elrafaei Sapi
Julai 26, 2018 14:54 MYT
Mungkin peminat tertanya apa gamaknya perbualan antara Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) dengan tukang masak terkenal, Datuk Redzuawan Ismail (Chef Wan) ketika mereka duduk semeja.
Selebriti itu memberitahu beliau menerima jemputan Tun M untuk duduk di meja utama bersamanya untuk minum teh.
Di kesempatan itu, Che Wan bercerita pelbagai perkara termasuk pelancongan sehingga cerita masakannya.
Bagaimanapun, dalam status itu yang dimuat naik menerusi Instagramnya, @_chefwan58, beliau menyatakan Tun M juga mengusiknya dalam perbualan antara mereka.
"CW ni tang mana boleh jadi Artist ni.. U are suppose to be in the kitchen kan.
"Please watch your weight i dont want u to get sick as the country need u ok," katanya.
Usikan Tun M itu turut menarik perhatian netizen di media sosial yang mahu Chef Wan menjaga aspek kesihatan.
"@_chefwan58 moga Allah panjangkan usia CW dan berikan kesihatan. One and only..tiada siapa boleh ganti in future..," kata @nur__qasih.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @_chefwan58
#Chef Wan #Tun M