Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Cubaan Join Trend TikTok Lagu Raya Tukar-Tukar Baju Aisar Khaled Gagal, Netizen Lebih Banyak Cerca Dari Puji!

Amri Hassan
30/04/2022 11:45 MYT
Selepas tular video TikTok gadis Cina bernama Gigi Cheoh yang menarikan lagu raya, trend itu menjadi ikutan segelintir pengguna media sosial terbabit.

Tidak terkecuali, pempengaruh dan pelakon baharu Aisar Khaled yang turut menyahut cabaran sama.


Sanggup berbaju Melayu dan berpanas di beberapa tempat tumpuan pelancong sekitar Kuala Lumpur serta di tepi tol lebuh raya, usaha itu tidak berbaloi apabila mengundang kritikal berbanding pujian.

Ramai yang mengkritik cubaan Aisar, selain dianggap cringe dengan tarian yang kurang meyakinkan, ada antara pengguna media sosial yang menempelak tindakannya merakamkan video di bahu jalan dan tepi tol lebuh raya.

Malah, pemakaian sampinnya yang sudah hampir terlondeh turut mengundang perhatian netizen dan pereka fesyen Hatta Dolmat.

"Sampai terbuka sampan baju hitam tu," tulis Hatta yang kemudiannya dibalas Aisar kerana tergesa-gesa mahu pulang ke kampung.

Selain itu, ada juga dalam kalangan netizen membandingkan beberapa video cabaran sama di TikTok yang jauh lebih berkesan dan meyakinkan.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Memandang daripada sudut positif, ada juga yang memuji usaha Aisar demi memeriahkan content menjelang sambutan Syawal yang hanya berbaki beberapa hari saja lagi.

Tidak kurang juga ada yang menasihati netizen agar tidak keterlaluan menulis komen berunsurkan sarkastik dan jelek di media sosial sebaliknya harus saling menghormati kebebasan masing-masing cuba berkarya.

"Kalau korang rasa content bodoh dan content creator memang tak digemari masyarakat, kenapa gigih save video dia dan post sini (Twitter)? Sama ada kau dahaga RT atau pemasaran gerila. Dah 2022, cuba cerdik sikit," nasihat netizen.

#Viral #Netizen #Twitter #Lagu raya #TikTok #Kecam #Cabaran #Aisar Khaled #Iman Troye #Gigi Cheung
;