Pemain pasukan bola sepak Arsenal, Mesut Ozil dan Sead Kolasinac berdepan detik mencemaskan apabila mereka diserang penjenyah bermotosikal ketika berada di London semalam (Khamis).

Difahamkan penjenayah tersebut cuba merompak pemain bola itu dengan menggunakan sebilah pisau.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar di laman sosial, Kolasinac dilihat cuba mempertahankan diri daripada diserang suspek.

Ozil pula memandu untuk menyelamatkan isteri yang ketika itu turut berada di dalam kereta.

Walaubagaimananapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku terhadap dua bintang sukan itu.

Video berdurasi 0:08 saat itu sehingga kini telah menerima sebanyak 9,000 retweet dan 35,000 likes daripada peminat bola sepak seluruh dunia.


Melihat reaksi dan komen netizen, rata-rata mereka kagum dengan keberanian Kolasinac yang sanggup berlawan dengan penjenyaha untuk menyelamatkan diri.

Anda boleh lihat pelbagai reaksi itu dibawah.

Sumber: Skysports