Hiburan
"Cubalah Kalau Berani!" - Ozlynn Bagi Amaran
Pelakon Ozlynn Wati memberikan amaran kepada wanita yang ingin mendekati suaminya, Johan.
Secara berseloroh, kata Ozlynn, sepanjang usia pernikahannya dengan penyampai radio Era FM itu, tidak pernah timbul sebarang isu melibatkan pihak ketiga dalam rumah tangga mereka.
"Tidak ada dan tidak pernah ada sesiapa pun cuba mendekati Johan, cubalah kalau berani!
"Kami berpegang pada prinsip kepercayaan dalam hubungan kami suami isteri dan itulah rasanya rahsia keharmonian rumah tangga kami sampai sekarang," katanya yang ditemui pada majlis pratonton supertelefilem #TerobekRaya baru-baru ini.
Tambah Ozlynn, Johan gemar meluangkan masa bersama keluarga di rumah sekiranya tidak mempunyai urusan.
"Saya rasa sebab utama tiada wanita berani mendekatinya kerana sikap dia sendiri yang gemar berada di rumah.
"Kalau keluar pun dia hanya pergi bermain futsal dengan kawan-kawannya dan biasanya tinggalkan telefon bimbit di rumah," ujarnya.
Dalam perkembangan sama, supertelefilem #TerobekRaya merupakan karya terbitan syarikat produksi milik pasangan suami isteri itu, JWH Productions.
#TerobekRaya boleh dilanggan di saluran Astro First Eksklusif (480) dan dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Sherry Al Hadad, Marsha Milan, Beto Kusyairi, Zizan Nin, Azhan Rani, Johan dan Ozlynn sendiri.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: InTrend
Must-Watch Video