Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Cuci Kereta Pakai Snow Foam? Hati-Hati, Jangan Terus Sental! Ini Sebabnya…

Izwan Isa
01/08/2023 08:50 MYT
Pemilik kenderaan pasti pernah mencuba ‘snow foam’ ketika mencuci kereta. Ia merupakan satu proses untuk menyahkan kekotoran pada badan kenderaan agar kembali bersih dan bebas kekotoran.

Namun, tahukah anda yang kita tidak boleh menggosok atau menyental badan kenderaan yang sedang dilumurkan dengan snow foam?

Menerusi satu kemas kini Facebook Blakart, snow foam merupakan satu fasa pra-cuci yang berupaya untuk melunturkan kekotoran termasuk pasir, habuk dan lumpur.

“Snow foam bukan untuk digosok! Stage pre-wash atau snow foam untuk lunturkan kotoran seperti pasir, habuk dan lumpur sebelum masuk pada stage contact wash, iaitu gosok body kereta.

“Cuba bayangkan kalau pasir, habuk dan lumpur masih ada pada body paint kemudian terus gosok guna wash mitt.

“Secara tak sengaja anda akan gosok sekali pasir atas body paint. Inilah punca segala kaum kerabat keturunan calar-balar yang ada atas body paint,” tulis hantaran berkenaan.

Menurut laman web BlackCountryDetailing, snow foam ialah bahan pra-cuci yang membantu menghilangkan kotoran daripada kenderaan.

Snow foam sepatutnya digunakan untuk melembutkan semua kotoran untuk mencapai cucian yang lebih berkesan. Ia merupakan sejenis produk asas yang digunakan untuk memastikan tiada kerosakan berlaku apabila anda memperincikan kereta anda.

BACA: Kilatkan Kembali Lampu Kereta Yang Kusam, Kekuningan Dengan 2 Bahan Ini… Mudah & Murah!​

#Cuci kereta #Snow wash