CUCKOO telah memperkenalkan dua produk inovatif terbarunya iaitu CUCKOO Inductrio hob induksi hybrid dan Penapis Air beralkali ringan CUCKOO Queen Stand. Kedua produk ini boleh dimiliki menerusi pelan pembayaran CUCKOO GOOOD Plan.

Nak Tau Apa Yang Menarik Tentang Dua Produk Ini?

CUCKOO Inductrio



Pertamanya, CUCKOO Inductrio ini menggunakan tekonolgi Direct Touch Sensor yang membolehkan ia melakukan pemindahan haba dengan sekata dan bertepatan pada kadar serta merta, semestinya menjanjikan pengalaman memasak yang lebih lancar!

Seterusnya, Ia juga diikuti dengan perubahan suhu masakan secara automatik menerusi teknologi High Heat Algorithm yang dipatenkan, yang memberikan pembekalan haba sempurna buat masakan anda.

Sebagai tambahan, Mod IH Ultra-High Temperature yang merupakan teknologi kawalan haba serba unik dari CUCKOO, mampu mempertingkatkan kuasa pemanasan menerusi mod IH Booster bagi menjimatkan tempoh masakan.

Kesemua inovasi ini dipersembahkan dengan penampilan hitam-perak serta bersama panel masakan SCHOTT CERAN® GERMAN GLASS-CERAMIC yang mengandungi 1 zon pemanasan seramik dan 2 zon pemanasan induksi, dengan kawalan suara berbahasa Inggeris pasti membuatkan anda berasa bagaikan sedang memasak di zaman akan datang!

Kini, semua orang boleh menikmati pengalaman memasak serba futuristik menerusi CUCKOO GOOOD Plan™ yang menawarkan kepada pengguna bukan sahaja jaminan, malah fleksibiliti untuk menentukan sendiri bayaran bulanan serta tempoh pembayaran (sehingga 5 tahun) akan CUCKOO Inductrio.

Pengguna dibawah pelan pembayaran ini akan menikmati servis percuma 4 bulan di keselesaan kediaman mereka sendiri. Setiap sesi servis akan merangkumi pemeriksaan 8 poin yang serba komprehesif – plug kuasa, butang On/Off, penjelasan akan langkah servis yang dijalankan, kad servis, panel sentuhan, paparan sentuhan, permukaan kaca bajaan dan ujian suhu.

Harga adalah dari serendah RM100, menjadikan CUCKOO Inductrio hob induksi hybrid yang pertama seumpamanya boleh dibeli menggunakan pelan pembayaran mudah di Malaysia.

CUCKOO Inductrio juga boleh dimiliki dengan pembayaran pada harga penuh, yang akan memberikan anda set 2 keping peralatan memasak Kyndell yang bernilai RM 1200 atau dengan tambahan RM1000 – set 5 keping peralatan memasak Kyndell yang bernilai RM 2000.

Bagaimana Pula Dengan CUCKOO Queen Stand?


CUCKOO Queen Stand




Direka dengan tangki tahan karat yang paling besar berbanding penapis air lain, CUCKOO Queen Stand direka bagi memenuhi keperluan keluarga yang besar serta di organisasi.

Berkeupayaan tinggi seperti mana kapasitinya, CUCKOO Queen Stand juga dilengkapi dengan penetap suhu yang membolehkan pemilihan air sejuk atau suam dengan satu gerakan yang minima.

Selain itu, CUCKOO Queen Stand ini juga direka dengan enam penapisan nano positif yang pastinya memberi kualiti dan khasiat yang lebih baik kepada air minuman anda. Ia juga mempunyai penunjuk paras air yang akan lebih memudahkan anda.

Menerusi CUCKOO GOOOD Plan, CUCKOO Queen Stand boleh dimiliki pada harga dari serendah RM120 sebulan, dengan jaminan, servis serta penggantian penapis setiap 4 bulan secara PERCUMA!